top of page

SEJARAH SMK MAXWELL

Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Tun Ismail maxwell Road), Kuala Lumpur. Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell (juga disebut sebagai SMK Maxwell ataupun Maxwell School) merupakan sebuah sekolah menengah lelaki yang hanya memiliki pelajar perempuan pada peringkat Tingkatan Enam dan merupakan di antara sekolah yang tertua di wilayah utara Kuala Lumpur dan juga di antara yang tertua di Malaysia. Pelajar sekolah ini dikenali sebagai Maxwellian. Sekolah Maxwell terkenal dengan pencapaian yang cemerlang dalam Akedemik dan Sukan bagi peringkat sekolah menengah. Sekolah Menengah Maxwell sejak dahulu lagi terkenal dengan kelas persediaan universitinya (Tingkatan Enam) dan merupakan di antara sekolah yang terbaik pencapaiannya dalam keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan merupakan sekolah yang terkenal dengan pendidikan Tingkatan Enam.  
Ditubuhkan pada 1917 di hadapan jalan bersempena nama seorang British bernama Sir William George Maxwell pada 1 Jun 1922, Sekolah Maxwell dibuka pintunya kepada 110 pelajar oleh lima orang tenaga pengajar.Pada zaman pra-peperangannya, Baggunan sekolah ini berfungsi sebagai sekolah permulaan (Sekolah Rendah) kepada Sekolah Menengah Victoria ( Victoria Institution). Pada 1933, Sekolah ini terpaksa ditutup buat seketika tapi digunakan oleh pihak swasta untuk sekolah swasta yang beroperasi dari tahun 1934 hingga 1938. sekolah swasta tersebut dinamakan sebagai Sekolah Pertukangan (Trade School). Semasa kependudukan Jepun, Banggunan Sekolah ini telah digunakan oleh Tentera Kempeitai Jepun. Selepas perang, Banggunan sekolah digunakan sebagai Asrama untuk sebuah Kolej Teknikal baru hingga tahun 1953, selepas itu, Sekolah ini dibuka semuala sebagai sebuah sekolah menengah moden yang pertama di Malaya. Pada hari ini, Sekolah Maxwell masih lagi berdiri megah dengan banggunan asal yang telah dibina sejak dahulu lagi.
bottom of page