top of page

Kata- Kata Aluan Bonda Maxwell

Alhamdulillah,   SMK Maxwell akhirnya dapat membangunkan laman web  yang dilancarkan pada 16 Jun 2013, bersempena dengan Majlis makan malam amal Semarak Mewangi Kasihmu Menyinari, di Dewan Merdeka PWTC yang dahulunya adalah sebahagian daripada SMK Maxwell sendiri dari segi sejarahnya.
  Saya berharap matlamat penubuhan laman web ini sebagai saluran  maklumat rasmi sekolah akan dimanfaatkan sepenuhnya selepas ini. Pembangunan laman web ini amat penting kerana saya percaya banyak maklumat tentang sekolah yang telah tersebar melalui media sosial  secara tidak rasmi. Bagaimanapun, kesahihan maklumat tersebut tidak dapat dipertanggungjawabkan kerana sifatnya yang bebas dan tidak terikat .  Melalui laman web ini juga saya berharap yang jauh dapat didekatkan  dan yang dekat akan bertambah erat demi pembangunan dan kemajuan SMK Maxwell sendiri. Informasi-informasi yang relevan berkaitan dengan perkembangan sekolah, program dan aktiviti sekolah, perkhidmatan dan juga pengumuman-pengumuman sudah pasti akan memberi manfaat kepada semua pihak yang berkaitan, termasuk ibu bapa, guru, murid , masyarakat dan pihak atasan di Kementerian Pelajaran sendiri. Pandangan dan pendapat yang konstruktif   amatlah  dialu-alukan melalui laman ini.
Diharap melalui laman  ini pelayar-pelayar akan lebih memahami SMK Maxwell dan berasa dekat dengannya walaupun anda mungkin beribu batu jauhnya di seberang lautan.

BELAJAR UNTUK BERKHIDMAT
Radiah Nordin k.m.w
Pengetua Cemerlang
SMK Maxwell Kuala Lumpur
bottom of page